Monday, August 3, 2009

Penubuhan Koperasi Tunass Sejati

Koperasi ini di tubuhkan atas dasar keakraban persahabatan penuntut penuntut Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang 1973-1977 (Class of '77).
Ia juga bagi mengenang salah seorang yang mula mula menyuarakan hasrat menubuhkan koperasi iaitu Allahyarham Sdr Abdul Barr Hj Mohd Khalil (serta beberapa yang lain, pastinya) yang telah pulang ke rahmatullah pada 5 febuari 2007.
Dengan inisiatif beberapa sahabat, maka penubuhan koperasi ini menjadi kenyataan dan mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 1 hb Ogos 2009 bertempat di Kelab Safira Seberang Jaya dengan dihadiri oleh 36 orang.

- Tahniah & butiran lanjut mesyuarat akan disertakan selepas menerima butiran daripada setiausaha.

No comments:

Post a Comment